Piala FA: T-Team Dalam Misi Benam Kedah Untuk Layak Ke Separuh Akhir

KUALA TERENGGANU, 26 Mac (Bernama) — Skuad T-Team kini dalam misi mencipta kemenangan di laman sendiri pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah esok setelah terikat seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama di tempat lawan Sabtu lepas.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata kemenangan pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam Selasa amat penting bagi membolehkan nyalaan misi skuad Penyu Muda melangkah ke separuh akhir.

Katanya semangat anak buahnya kini berkobar-kobar dengan keputusan seri 0-0 pada pertemuan sebelum ini ditambah bermain di hadapan penyokong sendiri yang menjadi faktor mampu mencatat kemenangan agregat menjinakkan skuad Kenari itu.

“Pertemuan suku akhir pertama di Kedah (Stadium Darul Aman) Sabtu lepas, kubu pertahanan kita berjaya bertahan dan tidak bolos walaupun diserang bertali-arus selama 90 minit.

“Kali ini giliran kita pula mengasak sebagaimana mereka mengasak kita dalam pertemuan sebelumnya. Saya mahu pemain saya tidak beri peluang kepada mereka untuk rapat ke kawasan kita,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s