JHEAT sentiasa pantau

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak pernah berputus asa memburu Ayah Pin dan sentiasa memantau perkembangan ajarannya, terutama di markasnya di Hulu Besut, Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, beliau sendiri sentiasa meminta JHEAT membuat pemantauan di seluruh negeri bagi mengesan pemimpin Kerajaan Langit itu dan pengikut setianya.

“Kamia ada maklumat Ayah Pin sekarang tidak sihat dan desas-desus dia pulang sesekali ke kampungnya di Hulu Besut, tetapi kami masih tidak dapat mengesannya.

“Apa yang berlaku, setiap kali JHEAT atau polis pergi ke perkampungan Ayah Pin tiada kelibat pemimpin itu ditemui, walaupun pengikutnya masih ada, tetapi ajaran diamalkan sudah tidak aktif dan samar-samar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a comment