Pemandu Lori Dan Pekerja Kutip Sampah Dicari Bantu Kes Penemuan Mayat Bayi

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) — Polis sedang mengesan pemandu lori dan beberapa pekerja mengutip sampah bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi di tapak pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman Selasa lepas.

“Bayi berkenaan dipercayai dibawa oleh lori sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut sekitar pukul 3 petang dan kami masih gagal menemui petunjuk berkaitan kes berkenaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita Khamis.

Pihak polis percaya sampah beserta mayat bayi lelaki itu dipungut di sekitar Cukai.

Beliau berkata bayi itu diperayai meninggal dunia ketika dilahirkan dalam tempoh 12 jam sebelun mayatnya ditemui oleh pekerja ketika menjalankan proses pembersihan di tempat pembuangan sampah tersebut.

Mayat ditemui di dalam sebuah beg pakaian kira-kira 5.50 petang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s