Bandar Permaisuri berubah wajah

Oleh ADNAN MOHAMAD utusanterengganu@utusan.com

LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. – UTUSAN/ADNAN MOHAMAD

SETIU 30 Mac – Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

Beliau berkata, bangunan tersebut akan dikendalikan secara usahasama dengan UDA Land bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedang berusaha menaikkan imej bandar itu yang suatu ketika dahulu sunyi serta sepi.

Menurutnya, MDS juga akan membina 21 unit kedai tiga tingkat di Bandar Permaisuri yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM4 juta.

“Kami turut membangunkan 15 unit rumah teres dua tingkat berharga RM4 juta di satu kawasan berhampiran perumahan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Setiu di Kampung Putera Jaya, dekat sini.

“Dengan pembinaan ketiga-tiga projek itu, ia secara tidak langsung akan menambahkan lagi bangunan kedai serta perumahan yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ishamudin memberitahu, PBT itu juga menyediakan peruntukan sejumlah RM300,000 untuk projek pengindahan kawasan bandar termasuk landskap.

Menurutnya, keceriaan sekitar Bandar Permaisuri perlu diberi perhatian sepanjang masa kerana ia merupakan nadi arus pembangunan, selain menjadi tumpuan orang ramai dari luar serta daerah berkenaan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s