Lelaki ditahan bantu kes rompakan

KUALA TERENGGANU (HMetro): Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai terbabit dalam kes rompakan di sebuah rumah di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu, pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, penahanan suspek yang tinggal di kampung sama, jam 7 pagi kelmarin itu, diharap dapat membantu polis mengesan sekumpulan suspek lain yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu.
“Ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah dan dia ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan ini selepas menerima maklumat orang awam.

 

“Dengan penahanannya, kita berharap dapat menjejaki suspek lain dan kita percaya rompakan ini didalangi lima lelaki, termasuk dua warga Indonesia dan seorang Bangladesh.
“Kita percaya semua suspek dapat ditahan dalam masa terdekat,” katanya selepas melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan sempena Hari Polis ke-205 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Ismail Muslim; Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Malik Hakim.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.