Peniaga Rugi RM100,000 Disamun Lelaki Bertopeng

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) — Seorang peniaga kedai makan kerugian kira-kira RM100,000 apabila kediaman mereka di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu dipecah masuk awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, peniaga berkenaan bersama enam lagi anggota keluarganya yang lain sedang nyenyak tidur sebelum didatangi lima tetamu yang tidak diundang dengan bersenjatakan pisau dan besi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata lima lelaki yang bertopeng itu memasuki rumah berkenaan melalui pintu hadapan dengan mengumpil kunci rumah itu.

Katanya hasil siasatan awal dijalankan pihaknya percaya kelima-lima lelaki itu dipercayai warga asing berdasarkan maklumat mangsa.

“Kesemua mangsa yang berumur antara 56 hingga 23 tahun diikat menggunakan tali manakala anak perempuan mangsa yang masih berpantang bersama bayinya yang berusia tujuh hari tidak diikat.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s