Program Minda Bersih ubah sikap golongan miskin

IDRIS Jusoh (kanan) memperkatakan sesuatu kepada ahli keluarga yang terpilih di bawah Program Minda Bersih di Kampung Padang Tapong, Besut, Tererngganu, semalam.

BESUT 30 Mac – Usaha mengubah cara berfikir dan bertindak bagi golongan termiskin perlu sentiasa digerakkan supaya mereka serta ahli keluarga dapat menikmati kehidupan lebih baik serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, menerusi cara itu golongan miskin juga mampu memiliki keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib mereka sendiri dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

Usaha itu katanya, tidak harus dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang telah mencuba dengan pelbagai cara untuk mengubah nasib golongan itu, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama oleh pihak lain.

Justeru, beliau berkata, atas kesedaran itu, Puteri UMNO DUN Jerteh telah menggerakkan Program Minda Bersih (PMB) di beberapa kampung dengan tumpuan diberi kepada golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Sekurang-kurangnya 10 buah rumah keluarga termiskin di 10 peti undi dalam kawasan DUN Jerteh telah dikenal pasti untuk pelaksanaan PMB ini,” katanya ketika ditemui selepas menyertai gotong-royong PMB di Kampung Padang Tapong, dekat sini hari ini.

Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan, golongan miskin juga perlu menitikberatkan kebersihan.

“Kita mahu supaya kebersihan ini menjadi satu budaya yang akhirnya boleh memberikan kesedaran bukan sahaja kepada golongan miskin, malah setiap anggota masyarakat tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing,” jelas beliau.

Menerusi PMB katanya, Puteri UMNO akan bekerjasama dengan Pemuda dan Wanita UMNO di cawangan terbabit, selain anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dengan sokongan penduduk setempat.

“PMB yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Minda Besut sebenarnya merupakan usaha yang berterusan dan bukannya terhad di kawasan DUN Jerteh sahaja, sebaliknya boleh dilaksanakan di semua kawasan DUN dalam bahagian Besut,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO DUN Jerteh, Roshalini Mohd. Nawi berkata, selain membersihkan kawasan luar dan dalam, pihaknya juga menyumbangkan tenaga untuk mengecat rumah serta menukar tikar plastik dalam rumah berkenaan.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s