Jangan Terpedaya Tipu Helah Ah Long

KUALA TERENGGANU, 2 April (Bernama) — Orang ramai di negeri ini diingatkan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk membuat sebarang pinjaman sebaliknya mendapatkan pinjaman di institusi kewangan atau koperasi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan Datuk Mohamed Awang Tera.

Beliau berkata ini kerana syarikat pinjaman dikhuatiri didalangi ah long yang berselindung di sebalik syarikat pinjaman berlesen.

Katanya walaupun Terengganu tidak ada rekod kes seumpamnya, pihaknya tidak mahu orang ramai di negeri itu terpedaya dengan tipu helah ah long.

“Kebiasaanya mereka yang memerlukan akan membuat pinjaman dengan mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk memulakan sesuatu pernigaan kerana mudah untuk memperoleh pinjaman itu tanpa banyak syarat yang dikenakan.

“Namun setelah mendapat pinjaman dan ketika hendak membayar balik, baru mereka sedar dan dapat mengesan taktik yang digunakan oleh ah long di sebalik pinjaman berlesen,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ar-Rahnu Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu Berhad (Kokitab) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Suruhjaya Koperasi Malaysia Terengganu, Osman Ismail dan Pengerusi Kokitab Terengganu Alias Mustafa.

Menyentuh hal lain, Mohamed menyarankan sektor koperasi agar menerokai bidang minyak dan gas, kelapa sawit dan bidang hartanah bagi meningkatkan sumber pendapatan.

Katanya bidang-bidang seumpama itu mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi serta membawa pulangan menguntungkan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s