JHEAT Buat Pelupusan Abu Al-quran Di Tengah Laut Khamis Ini

KUALA TERENGGANU, 3 April (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan membuat pelupusan abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks al-Quran di tengah laut Khamis ini (5 April).

Penolong Pegawai Penyelidikan JHEAT Noor Huda Ismail berkata kerja-kerja pelupusan abu al-Quran itu akan disempurnakan oleh pegawai daripada Jabatan Mufti negeri dan pegawai JHEAT.

“Pelupusan ini bukan boleh dibuat secara sembarangan. Kita akan membuat pelupusan itu mengikut lunas-lunas yang diizinkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Noor Huda berkata kira-kira 200 buah al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang uzur dan tidak digunakan telah dibakar sejak tahun lepas di sini.

Katanya bahan-bahan bercetak yang telah rosak tersebut diterima oleh JHEAT sama ada daripada masjid, orang perseorangan dan juga sekolah-sekolah.

Noor Huda berkata satu alat pembakar khusus digunakan untuk proses pembakaran itu supaya habuknya tidak bertaburan.

“Kita ada lebih kurang 100 karung plastik abu al-Quran untuk dilupuskan nanti,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya bersedia menerima pertolongan daripada orang ramai untuk melupuskan bahan-bahan percetakan mengandungi ayat-ayat al-Quran yang tidak digunakan.

Pelupusan abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran itu merupakan yang pertama kali dilakukan oleh JHEAT pada tahun ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s