Hotel Tiga Bintang RM25 Juta YPU Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 5 April (Bernama) — Yayasan Pembangunan Usahawan Terenggganu (YPU), satu agensi kerajaan negeri Terengganu, kini melabur lagi RM25 juta membina hotel bernama T-Hotel di sini, yang dijangka akan siap menjelang hujung tahun ini.

Pengurus Besarnya, Azmi Razik berkata hotel bertaraf tiga bintang itu merupakan hotel yang pertama dibina oleh YPU dalam usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi usahawan Bumiputera di negeri ini.

“T-Hotel dibina berdekatan simpang Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kerana berdekatan dengan lapangan terbang dan sekaligus akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang hendak menunaikan haji menginap di situ,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azmi berkata hotel setinggi lima tingkat itu dibina di kawasan seluas 7,384 meter persegi dan kini masih dalam proses pembinaan dan dijangka beroperasi sekitar awal tahun depan.

“Kita sedang pertimbangkan kemungkinan membuka hotel di tempat lain di negeri ini pada masa depan sekiranya ada tempat yang mempunyai nilai komersil yang tinggi,” katanya.

Katanya T-Hotel mempunyai 81 bilik, iaitu 70 bilik “bilik standard”, tujuh “bilik deluxe” dan empat “bilik eksekutif” selain menyediakan kemudahan seperti dewan mesyuarat yang mampu menampung 100 orang serta mempunyai kolam renang.

Katanya setiap bilik hotel itu akan dilengkapkan dengan kemudahan yang bercirikan konsep moden seperti televisyen LCD.

“Kita akan menawarkan kadar sewa bilik yang berpatutan dan ini bergantung kepada bilik yang diingini oleh tetamu,” katanya.

Azmi berkata T-Hotel juga dijangka menyediakan 80 peluang pekerjaan, terutamnya kepada lepasan sekolah atau pun anak-anak tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Katanya YPU akan memberi peluang kepada usahawan negeri ini menguruskan T-Hotel yang sekaligus akan membantu menempatkan barang-barang keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu di hotel itu bagi memudahkan penghuninya membelinya.

Selain itu, YPU juga membina T-Lodge iaitu sebuah hotel bajet dua tingkat yang mempunyai 15 bilik di Kuala Besut yang telah mula beroperasi awal tahun ini.

Azmi berkata hotel itu memberi kemudahan kepada pelancong yang hendak ke pulau peranginan, antaranya Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Ia mengenakan kadar sewa bilik semalaman antara RM75 hingga RM130, yang bergantung kepada jenis bilik yang disewa oleh penghuni.

Sementara itu, YPU akan akan mewujudkan sekurang-kurangnya lima lagi kedai serbaneka, T’Shoppe pada tahun ini untuk menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah berikutan sambutan yang menggalakkan di kalangan usahawan.

Azmi berkata selain membuka cawangan di sekitar Terengganu, T’Shoppe juga telah mula melebarkan sayapnya ke Ampang, Selangor dan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s