24 Pekerja Syarikat Selenggara Terhidu Gas Ammonia Di Loji Petronas

DUNGUN, 6 April (Bernama) — Seorang pekerja syarikat selenggara terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas terhidu gas dipercayai ammonia dalam kejadian di Loji Memproses Gas Petronas di Kerteh, di sini Khamis malam.

Kejadian turut menyebabkan sekurang-kurangnya 23 lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka dan Hospital Dungun.

Penyelia keselamatan loji Fazeli Alias berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika 300 pekerja Hyundai PFC Engineering Sdn Bhd itu sedang bersedia memulakan kerja lebih masa di loji tersebut.

Ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja telah berada di dalam loji itu manakala yang lain sedang berbaris untuk memasuki loji terbabit, katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

“Tidak semena-mena kami terbau gas menyebabkan kami segera pergi ke pejabat tapak untuk menyelamatkan diri,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s