300 penuntut IPTA berhimpun di Aman Kampus Setiu

SETIU 6 April – Lebih 300 penuntut universiti di negeri ini menyertai program Aman Kampus Parlimen Setiu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Asperasi Terengganu (Asperasi) bermula semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Teknologi Bestari (KTB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee itu bermula dengan aktiviti Pentas Aman Muda di KTB sebelum disusuli program kemasyarakatan di perkampungan Rhu Sepuluh di sini hari ini.

Menurut beliau, antara kegiatan yang dianjurkan sepanjang program kemasyarakatan itu adalah aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat serta gotong-royong membersihkan kawasan rumah orang tua, masjid dan pantai Rhu Sepuluh.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s