APMM Tahan 28 Nelayan Asing Dan Dua Bot Langgar Peraturan Tangkapan Ikan

KEMAMAN, 6 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot bersama 28 orang awak-awak, selepas didapati melanggar peraturan menangkap ikan kira-kira 35 batu nautika timur laut Pulau Tenggol yang terletak di luar pantai Terengganu malam semalam.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, kedua-dua bot berkenaan dikesan menggunakan taktik menangkap ikan dengan menunda bot bergandingan.

Ketua penguat kuasa maritim Terengganu, Kapten Maritim Adam Aziz berkata mereka melakukan perbuatan itu untuk mengaut keuntungan dengan lebih cepat tetapi aktiviti itu diharamkan di negara ini kerana ia akan merosakkan terumbu karang dan menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

“Sebuah bot berpangkalan di Tok Bali, Kelantan dengan nombor pendaftaran KNF 7840 manakala sebuah bot lagi bernombor pendaftaran PAF 4582 berpangkalan di Pahang,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Pangkalan Maritim APMM di Teluk Kalong di sini Jumaat.

Seramai 18 nelayan asing warga Vietnam berusia lingkungan 27 hingga 48 tahun dari bot KNF 7840 ditahan manakala bot PAF 4582 yang mempunyai 10 nelayan Vietnam berusia sekitar 21 hingga 44 tahun juga turut ditahan, katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s