Hotel Sumai mahu tarik pengunjung menerusi fotografi

KUALA TERENGGANU 6 April (Utusan)- Pengurusan Hotel Sumai di sini bercadang menganjurkan pertandingan fotografi peringkat kebangsaan tahun depan dalam usaha mempromosikan Terengganu melalui lensa kamera.

Pengarah Eksekutifnya, Wan Nurdiyana Wan Mahyuddin berkata, ia juga bagi menyahut saranan kerajaan negeri agar bersama-sama mengetengahkan keistimewaan negeri ini melalui pelbagai pendekatan bagi menarik pelancong.

“Ramai yang sedia maklum bahawa Terengganu dianugerahkan keindahan alam serta seni warisan yang tidak ternilai harganya.

“Justeru, saya berharap pertandingan seperti ini akan diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi dan ia juga akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Warisan Terengganu di Hotel Sumai, di sini semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s