Pemajak Pantai Di Terengganu Digesa Hanya Jual Telur Penyu Kepada WWF

KEMAMAN, 6 April (Bernama) — Jabatan Perikanan Terengganu menggesa pemajak kawasan pantai yang digazetkan sebagai kawasan kutipan telur penyu agar hanya menjual telur haiwan marin itu kepada Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia.

Pengarahnya Abdul Khalid Abdul Karim berkata jabatan itu percaya berlaku ketirisan dalam penjualan telur penyu yang dikutip pemajak dari kawasan berkenaan.

Ada kes yang mana sebelum ini pemajak hanya menghantar telur dari lima sarang namun apabila kawasan tersebut dipajak orang lain selepas itu, pemajak baru ini berjaya menghantar telur dari 10 hingga 20 sarang.

Ini menunjukkan berlaku ketirisan yang mana pemajak terdahulu mungkin bertindak menjual telur yang dikutipnya kepada pihak lain, katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

“Jika dijual kepada pihak luar, jabatan bimbang ia akan terus dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan segera dengan menjual telur untuk dimakan oleh peminat tegar telur penyu itu,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s