Program Sukarelawan Putra di Kg. Gong Guchil

IDRIS Jusoh (duduk tiga dari kanan) bergambar bersama mahasiswa Universiti Putra Melaysia (UPM) selepas perasmian Program Sukarelawan Putra di Kampung Gong Guchil di Besut Terengganu, semalam.

BESUT 6 April (Utusan)- Seramai 71 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkampung di Kampung Gong Guchil dekat sini bagi menyertai Program Sukarelawan Putra selama tiga hari dua malam bermula hari ini.

Dalam tempoh itu, mereka yang terdiri daripada 20 siswa dan 51 siswi itu akan tinggal dan menjalani kehidupan bersama keluarga angkat yang sebahagian besar daripadanya bekerja sebagai petani.

Pengarah program, Mohd. Safari Azmi berkata, program itu dirangka bagi mendekatkan golongan mahasiswa dengan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan kampung dan luar bandar.

Katanya, program yang mendapat kerjasama Kelab Rukun Negara UPM dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Guchil itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s