MAIDAM Sasar Kutipan Zakat RM100 Juta Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 9 April (Bernama) — Kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mencecah RM17.9 juta dari Januari sehingga semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Harujan Sulaiman berkata kutipan zakat berjumlah RM16.3 juta telah diterima dari Januari hingga Mac tahun ini berbanding RM11.5 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kami menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM100 juta pada tahun ini berbanding RM84 juta tahun lepas,” katanya kepada pemberia selepas menerima zakat perniagaan dari Telekom Malaysia Bhd (TM) sebanyak RM160,977 yang disampaikan oleh Pengurus TM Negeri, Badrul Hisham Bahari, di sini Isnin.

Wan Harujan berkata jenis zakat yang paling tinggi diterima kebiasaanya zakat pendapatan dan zakat perniagaan yang menjadi teras utama antara 20 peratus dan 23 peratus daripada jumlah keseluruhan dan diikuti zakat wang simpanan.

Katanya sasaran kutipan zakat tahun ini dijangka akan tercapai berasaskan kempen promosi yang sedang giat dilaksanakan di semua pusat membeli-belah, pesta atau karnival, pasar malam, jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s