Peniaga Pasar Payang Mahu Lokasi Baru Di Pulau Warisan

KUALA TERENGGANU, 9 April (Bernama) — Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu meminta kerajaan negeri menyediakan sebuah tapak perniagaan di lokasi strategik apabila sebahagian bangunan di Pasar Besar Kedai Payang akan dirobohkan menjelang Oktober ini.

Pengerusinya, Ibrahim Mohamad berkata kata sepakat itu telah dicapai di mana lebih 100 peniaga ikan, ayam dan daging di pasar itu sanggup berpindah ke pasar Chabang Tiga, namun berharap kerajaan negeri memberi mereka tapak perniagaan baru di Pulau Warisan.

“Kami menyokong tindakan kerajaan negeri yang ingin mengubah suai dan menaik taraf pasar ini supaya kekal menjadi destinasi pelancongan terkenal di Terengganu.

“Namun, dalam masa yang sama peniaga tidak mahu menggadaikan nasib dengan berpindah ke lokasi baru yang tidak strategik berbanding cadangan asal lokasi yang terletak di Pulau Warisan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini Isnin.

Berita mengenai sebahagian bangunan di Pasar Kedai Payang perlu dirobohkan dalam tempoh enam bulan itu menimbulkan keresahan di kalangan peniaga kerana akan menjejaskan sumber rezeki perniagaan mereka.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s