Piala AFC: Mat Zan Akan Tampilkan Strategi Baru Untuk Pasukannya

KUALA TERENGGANU, 9 April (Bernama) — Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris akan menampilkan karektor dan strategi permainan yang berbeza apabila pasukannya turun menentang Tampines Rovers FC dari Singapura dalam perlawanan keempat Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di sini esok.

Perlawanan timbal balik itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 4.45 petang.

Skuad Penyu sebelum ini menang 1-0 hasil jaringan tunggal Joseph Kalang Tie ke atas juara Liga-S musim lepas pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

“Oleh itu saya perlu tampilkan karektor yang berbeza mengatasi mana-mana kelemahan barisan pemain untuk berhadapan Tampines Rovers esok.

“Kemenangan esok penting. Sekiranya menang, ia mampu mencerahkan peluang kita mara ke pusingan kedua,” katanya.

Mat Zan bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kedua-dua pengurus pasukan yang turut dihadiri jurulatih Tampines Rovers, Steven Tan untuk perlawanan esok, di sini Isnin.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s