Maidam kutip RM17.9 juta tiga bulan pertama 2012

KUALA TERENGGANU 10 April Utusan – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengutip zakat sebanyak RM17.991 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, kutipan zakat tersebut meningkat berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hampir RM12 juta.

Katanya, ia bukan sahaja berasaskan peningkatan kegiatan ekonomi dan kesedaran masyarakat tetapi juga melalui strategi promosi yang dijalankan di seluruh negeri termasuk di pusat beli-belah dan tapak karnival.

“Sehubungan itu, Maidam yakin akan mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM100 juta sehingga akhir tahun ini berdasarkan kutipan yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima zakat perniagaan daripada Telekom Malaysia (TM) Terengganu sebanyak RM160,977 di pejabatnya di sini, semalam.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s