MB Terengganu Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Bapa, Bekas Suami Liat Bayar Nafkah

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Bapa atau bekas suami yang gagal melunaskan nafkah terhadap anak dan bekas isteri mereka sebagaimana yang diperintahkan mahkamah, perlu dikenakan tindakan tegas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bagi memastikan golongan tersebut tidak mempermainkan perintah mahkamah, sekaligus mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan bekas isteri apabila berlaku perceraian.

“Si bapa ini perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak, ada yang sengaja tak mahu bayar nafkah kerana marahkan bekas isteri. Mereka abaikan nafkah anak-anak sebagaimana diperintahkan mahkamah.

“Bapa seperti ini patut dikenakan tindakan, kalau tak bayar juga (nafkah) mahkamah boleh ambil tindakan, denda atau penjarakan mereka kerana telah menghina mahkamah,” katanya selepas melancarkan pengurusan fail dalam talian dan menyampaikan Dana Pendahuluan Nafkah Akaun Amanah Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Selasa.

Turut hadir Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s