Penyu Tewas Kerana Pemain Letih, Fobia Tewas Kepada Selangor – Mat Zan

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Keletihan dan mungkin juga masih fobia dengan kekalahan teruk ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super baru-baru ini menjadi punca pasukan Penyu tewas 0-2 kepada pasukan pelawat Tampines Rovers.

Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris berkata dua faktor itu jelas kelihatan dalam aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan dari Singapura itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini petang ini.

Mat Zan berkata hampir keseluruhan pergerakan pemain pasukannya tidak menjadi terutamanya pada separuh masa kedua.

“Mungkin pemain masih lagi letih dan fobia dengan kekalahan di tangan Selangor 1-6 dalam pertandingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya minggu lepas,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Turut hadir pada sidang media itu jurulatih pasukan Tampines Rovers Tan Eng Chuan Steven.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s