Terengganu Tumpas 0-2 Di Tangan Tampines Rovers

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Episod kekalahan terus membelenggu skuad penyu apabila tewas 0-2 di tangan pasukan Tampines Rovers (Singapura) dalam perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang Selasa.

Dengan kemenangan bergaya yang dicatatkan pelawat itu sekaligus meranapkan harapan sang penyu untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Pada babak permulaan kedua-dua pasukan mampamerkan aksi seimbang dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Beraksi di hadapan kira-kira 7,000 penyokong tuan rumah, nyata tidak menggoyahkan rentak pasukan lawan apabila terlebih dahulu mengejutkan skuad Penyu menerusi jaringan kapten pasukan itu Aleksandar Duric yang bijak mencari peluang di depan pintu gol pada minit ke-37 perlawanan.

Sebelum itu skuad Terengganu hampir memperoleh peluang terbaik untuk menghasikan gol, bagaimanapun rembatan deras dari penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe tersasar dan hanya lalu di depan pintu gol pihak lawan.

Keghairahan barisan Terengganu untuk mencari gol penyamaan akhirnya membawa padah apabila Duric dengan mudah membolosi benteng pertahanan Terengganu untuk menambah gol kedua pada minit ke-90.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s