Kerajaan terus bela nasib nelayan

Oleh ADNAN MOHAMAD – pengarang@utusan.com.my
SETIU 11 April – Selama ini, nelayan di beberapa penempatan sini sering mengeluh setiap kali mereka keluar atau pulang dari laut kerana keadaan muara Kuala Setiu yang cetek dan sempit.

Omar Ismail, 52, dari Kampung Saujana dekat sini merupakan salah seorang daripada mereka dan dia sedar ini merupakan fenomena alam yang sukar ditangani walaupun usaha mendalamkannya pernah dilakukan sebelum ini.

Dia memahami kos untuk mengatasi masalah tersebut dalam jangka panjang menelan beratus juta ringgit.

Namun, Omar adalah sebahagian ratusan nelayan di kawasan berkenaan yang bersyukur kerana kerajaan terus membantu mengatasi masalah tersebut, selain pelbagai skim bantuan dan kemudahan untuk menaikkan taraf hidup keluarga mereka.

Peruntukan RM3.5 juta untuk mendalam dan meluaskan sekitar muara berkenaan dan kerja-kerja telah mula dijalankan bulan lalu manakala peruntukan RM500,000 dijangka dapat disalurkan bagi kerja di muara Merang.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s