Sultan Mizan teruja sukan rakyat

Oleh ADNAN MOHAMADutusanterengganu@utusan.com.my

Sebahagian pengunjung yang hadir sempena Pesta Sukan Rakyat di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu baru-baru ini. – UTUSAN/Adnan Mohammad

SETIU 12 April – Permainan tradisional di Pesta Sukan Rakyat di Pantai Rhu Sepuluh dekat sini dianjurkan sempena keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke daerah itu baru-baru ini.

Keberangkatan baginda yang diiringi oleh Sultanah Nur Zahirah mendapat sambutan di luar dugaan daripada rakyat jelata.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah begitu gembira dengan pelbagai acara permainan sukan rakyat yang disaksikan kira-kira 8,000 rakyat hingga telah mencuit hati baginda.

Antaranya, pertandingan beruk panjat tiang licin untuk memetik buah kelapa, terompah, tarik tali dan sebagainya.

Acara pertandingan beruk itu melucukan kerana beberapa ekor beruk terpaksa memanjat tiang licin yang sediakan oleh pihak penganjur untuk memetik buah kelapa yang pasti acara seperti itu sukar diadakan di kawasan lain.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s