Terengganu Naikkan Pendapatan Isi Rumah Untuk Kelayakan Bantuan Dana Raya

KUALA TERENGGANU, 12 April (Bernama) — Kelayakan untuk pemberian Dana Raya penduduk Terengganu tahun ini dinaikkan daripada mereka yang berpendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,000.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan RM300 itu akan diberikan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan miskin.

“Mesyuarat exco hari ini telah bersetuju untuk naikkan pendapatan isi rumah kepada RM2,000 seiring dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Setiap keluarga atau mereka yang layak kita akan beri RM300,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini Khamis.

Tahun lepas kerajaan Terengganu membelanjakan lebih RM50 juta bagi tujuan itu melibatkan hampir 200,000 penerima.

Sementara itu kerajaan negeri juga sedang mengemaskini data bagi bantuan Dana Remaja RM200 seorang yang akan diagih dalam tempoh dua bulan lagi.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s