Kakitangan BIMB Bersihkan Laut Di Sekitar Pulau Tenggol

DUNGUN, 13 April (Bernama) — Seramai 50 petugas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bergotong-royong membersihkan laut di sekitar Pulau Tenggol di sini sempena Hari Bumi 2012 manakala 100 lagi membersihkan persekitaran pantai Teluk Gadong selama dua hari berturut-turut.

Program tanggungjawab sosial korporat BIMB itu turut disertai anggota Majlis Perbandaran Dungun (MPD), penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 500 penduduk tempatan.

Pengurus Besar Perhubungan Strategik BIMB Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata pihaknya memilih Pulau Tenggol sebagai lokasi pembersihan dasar laut kerana tidak banyak program pemuliharaan diadakan di situ berbanding pulau pelancongan lain yang lebih terkenal.

Selain gotong-royong, BIMB juga menyerahkan sumbangan zakat RM10,000 kepada dua keluarga miskin di Dungun serta menyerahkan 50 Al-Quran wakaf kepada Masjid Jamek Sura, di sini.

Wan Ismail berkata program pembersihan laut di Pulau Tenggol itu diharap dapat mengekalkan keindahan terumbu karang di pulau itu yang belum tercemar.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s