Karnival Profesor Turun Padang dekati masyarakat

Orang ramai menjawab soalan kuiz pada program Karnival Profesor Turun Padang di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 14 April – Majlis Profesor Negara (MPN) mendekati masyarakat di sini hari ini melalui program Karnival Profesor Turun Padang sempena Mesyuarat Penyelarasan 2012.

Kampung Gong Tok Nasek di pinggir bandar raya ini yang terkenal dengan kegiatan menenun songket, mencanting batik dan membuat wau dipilih sebagai kampung angkat MPN dan tapak lokasi karnival itu.

Karnival bertemakan Ilmu Teras Jalinan Masyarakat itu yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula malam tadi.

Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, karnival itu memberi kesempatan terbaik kepada masyarakat terutama golongan muda untuk mendalami apa jua bidang ilmu secara terus daripada seorang profesor.

“Inilah masa sesuai bagi golongan muda mendalami ilmu yang diminati, mendapatkan pandangan atau nasihat di samping mengenali profesor dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semasa di tapak karnival hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh.

MPN, gabungan kepakaran profesor dari seluruh institusi pengajian tinggi yang dilancarkan pada 1 April 2010 berperanan membantu kerajaan dengan menyumbangkan input dalam pelbagai bidang khususnya untuk memperkukuhkan asas penggubalan dasar negara.

Beliau berkata, dengan jumlah ahli MPN ketika ini yang mencecah 1,700 orang di seluruh negara, peluang itu semakin terbuka luas khususnya setiap kali cendekiawan turun padang.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival itu adalah tayangan video, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah serta pameran daripada 14 kluster atau bidang ilmu yang diketuai oleh beberapa orang profesor.

Esok, MPN akan bersama dalam program Profesor Negara Bersama Pelajar di Wisma Darul Iman manakala pada Isnin, MPN melakukan lawatan penyelidikan di Tasik Kenyir.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s