Amal Hidup Sihat Punca Pak Man Masih Sihat Di Usia 117 Tahun

Oleh Nodin Mahadi

BESUT, 15 April (Bernama) — Amalan pemakanan dan cara hidup sihat membolehkan Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih dikenali dengan nama Pak Man dari Kampung Dengir, Bukit Puteri, di sini masih sihat walaupun usianya mencecah 117 tahun.

Dengan berpandukan petua tidak makan makanan manis, masin dan berlemak sejak muda lagi, kini Pak Man masih aktif bergerak tanpa sebarang penyakit kronik.

Bekas tukang rumah yang mungkin layak dinobat warga tertua di negara ini juga tidak memerlukan sebarang alat bantuan seperti tongkat atau cermin mata untuk menjalani kehidupan seharian.

“Sejak dari muda ambo (saya) tak suka minum air batu (minuman berais) atau merokok malah lauk-pauk saya pun berasaskan ulam dan sayuran kampung tanpa menggunakan santan,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, beliau sejak muda, beliau berpantang daripada mengambil minuman sejuk dan mengamalkan meminum air suam walaupun tidak dapat menahan dahaga bekerja seharian di bawah panas terik ketika membina rumah.

“Kemungkinan dengan cara beginilah agaknya ambo dianugerahkan Allah kesihatan dan jarang ditimpa penyakit-penyakit, kecuali demam sekali-sekala,” katanya.

Beliau yang masih mempunyai ingatan yang baik mendakwa telahpun berumur 12 tahun ketika membuat kad pengenalan pada Februari 1907.

Pak Man berkata sepanjang hidupnya beliau berkahwin dengan lapan wanita tempatan dan daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan seramai lima orang anak iaitu seorang perempuan dengan isteri yang kelima dan dua lelaki dan dua perempuan dengan isteri ketujuh.

Beliau kini mempunyai 25 cucu dan enam cicit.

Katanya, buat masa ini beliau tinggal bersama isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, setelah kematian isteri-isterinya yang lain.

Katanya beliau telah agak lama berhenti sebagai tukang kayu namun kini masih giat ke kebun setiap petang untuk mengeluarkan peluh.

Beliau berkata, amalan masyarakat kini sangat jauh berbeza dengan orang zaman dahulu, terutama sekali sangat gemar mengambil makanan dan minuman ringan serta berlemak, mungkin menjadi punca mereka mudah diserang penyakit walaupun dalam usia muda.

Jelasnya, ibu bapa seharusnya menjaga aspek pemakanan terutama di kalangan generasi muda termasuk kanak-kanak lagi bagi mengelak terlalu mudah dihinggapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung.

“Yang penting jangan sesekali merokok kerana ia juga punca utama segala penyakit,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s