Restoran T’Kafe Di Perth Hidang Masakan Tradisional Terengganu

Oleh Ibrahim Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 15 April (Bernama) — Pelbagai menu masakan Terengganu akan dihidangkan di restoran T’Kafe yang akan dibuka oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu di Perth, Australia bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata menu berkenaan termasuk nasi dagang dan kuih muih tradisional.

“Semua masakan ini dijamin bermutu dan rasanya tidak berubah seperti masakan di Terengganu sendiri,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata masakan itu akan dikendalikan oleh seorang tukang masak di Perth yang berasal dari Terengganu.

Selain itu, katanya, T’Kafe itu juga akan dibekalkan pelbagai makanan kering yang dihasilkan oleh pengusaha di negeri ini seperti keropok keping, kerepek ubi dan banyak lagi.

Mohamed berkata YPU memperkenalkan masakan Terengganu di Perth kerana di sana terdapat ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Terengganu.

“Kita yakin masakan Terengganu ini akan mendapat sambutan kerana mungkin mereka sudah lama tidak menikmati masakan asli Terengganu,” katanya.

Selain Perth, Mohamed berkata YPU juga sedang meninjau beberapa buah negara lain terutamanya yang mempunyai ramai rakyat Malaysia untuk membuka T’Kafe.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Ekonomi & Keusahawanan, Makanan & Masakan, Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s