‘Kak Long Puyuh’ Tumpuan Penggemar Daging Puyuh Di Besut

BESUT, 17 April (Bernama) — Memulakan ternakan burung puyuh dengan modal RM1,000 pada 2002, kini nama ‘Kak Long Puyuh’ gah pada kalangan penggemar daging burung puyuh dan juga pengusaha restoran di daerah ini dan kawasan sekitar.

Menyifatkan sektor itu mempunyai masa depan yang cerah, pengusahanya Zaliha Zakaria berkata beliau berhasrat mengembangkan pasaran ke seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang dalam masa terdekat.

“Selain menjadi pembekal daging segar, telur dan anak puyuh, kami juga membekalkan daging beku serta makanan dan peralatan untuk menternak puyuh.

“Kami juga menyediakan masakan berasaskan daging burung itu yang mempunyai penggemar tersendiri dan dijual di pasar-pasar sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Zaliha, 32, berkata beliau kini dalam usaha menambah pengeluaran anak puyuh bagi menampung keperluan pasaran.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Ekonomi & Keusahawanan, Makanan & Masakan, Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s