Lesen 47 Vesel Perikanan Laut Dalam Dibatal Jabatan Perikanan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Jabatan Perikanan Terengganu membatalkan 47 lesen vesel perikanan laut dalam kerana tangkapan tidak memuaskan dan tidak turun ke laut walaupun menerima minyak diesel bersubsidi.

Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim berkata pembatalan itu dibuat susulan pemeriksaan fizikal dan laporan prestasi vesel oleh Panel Audit Vesel Laut Dalam dan Pasukan Pemeriksa Vesel tahun lepas.

“Sepatutnya pengusaha vesel ini perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jabatan dengan menggunakan kemudahan subsidi diesel dan turun ke laut dengan kerap.

“Pembatalan lesen ini wajar dijadikan iktibar oleh nelayan laut dalam yang lain supaya serius dengan aktiviti tangkapan ikan seperti mana yang diharapkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan itu 33 vesel laut dalam layak menerima diesel bersubsidi tanpa pemantauan, manakala 24 lagi yang turut dikategori sebagai kurang memuaskan layak membeli diesel bersubsidi dengan bersyarat.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s