MPK Cipta Sejarah PBT Pertama Negara Guna Khidmat Pengurusan Dan Pengimejan Dokumen

KEMAMAN, 16 April (Bernama) — Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mencipta sejarah tersendiri sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang mendapatkan khidmat pengurusan dan pengimejan dokumen Percetakan Nasional Malaysia Bhd (PNMB).

Yang Dipertua MPK Mustafar Khalid berkata menerusi khidmat itu, ia mampu meningkatkan produktiviti MPK selain dokumen yang ada boleh disimpan dalam keadaan terjamin dan selamat.

Menurutnya pertukaran dokumen kepada format digital yang boleh disimpan memberi kemudahan kepada semua pihak di mana ia boleh dirujuk dengan mudah dan sekaligus memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk Kemaman.

“Walaupun projek terbabit menelan perbelanjaan yang tinggi iaitu sebanyak RM500,000, namun untuk jangka masa panjang, kami yakin ia akan menguntungkan dan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian khidmat kerjasama antara MPK yang diwakil olehnya dan Setiausahanya Shahidan Embok dan Pengarah Urusan PNMB Izham Yusoff disaksikan Pengurus Besarnya Azman Yunus di sini, Isnin.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s