Pemilik Kenderaan Yang Ingkar Notis Cermin Gelap Bakal Disenarai Hitam JPJ

KUALA TERENGGANU, 16 April (Bernama) — Pemilik kenderaan bercermin gelap yang gagal mematuhi notis arah periksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini akan dikenakan tindakan disenarai hitam kerana ingkar arahan.

Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan pemandu terbabit diberi notis berkenaan ketika operasi penguatkuasaan JPJ.

“Kebanyakan mereka yang gagal hadir adalah pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan enggan membuang lapisan ‘tinted’ yang telah dipasang.

“Setiap kali operasi dibuat, kita memang memberi notis amaran dan tempoh kepada mereka untuk membuang ‘tinted’ dan seterusnya perlu datang ke JPJ untuk pemeriksaan kembali bagi memastikan tahap ketelusan cahaya itu menepati standard keselamatan yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Beliau berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,605 notis arah periksa cermin gelap telah dikeluarkan JPJ Terengganu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s