Peniaga Pasar Tani Sanggup Habis RM12,000 Kerana Hobi Bela Merpati

KUALA TERENGGANU, 16 April (Bernama) — Dek kerana minat, seorang peniaga pasar tani di sini sanggup berbelanja lebih RM12,000 untuk membeli pelbagai jenis burung merpati untuk kesukaan dan keseronokan diri.

Abu Bakar Ahmad, 34, dari Kampung Lerek Tepoh, Jalan Kelantan kini mempunyai lebih 20 jenis pelbagai spesies burung merpati yang nilai keseluruhannya dianggar menjangkau lebih RM15,000.

Ketika ditemui Bernama di kediamannya Isnin, Abu Bakar yang sebelum ini bekerja sebagai penoreh getah, berkata dia pernah menghabiskan wangnya dengan membeli burung merpati yang sukar didapati bernilai lebih RM2,500 sepasang.

“Kebanyakan burung merpati yang saya ada semuanya dari luar negara seperti Burung Merpati Gaza Tanah, Merpati Merak, Merpati Unta, American Fantail, Hana Pouter, Lahore, Pigmy dan lain-lain lagi.

“Kebanyakannya saya beli burung-burung merpati ini sama ada daripada rakan-rakan ataupun di kedai-kedai menjual burung di sekitar bandar ini mahupun negeri lain,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s