Polis Terengganu Ingatkan Masyarakat Jangan Percaya Penjualan Batu Ajaib

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Polis Terengganu mengingatkan orang ramai khususnya warga emas di negeri ini, agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata dan batu delima “berkuasa ajaib” di sekitar Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Supt Khoh Ah Tiam berkata sehingga April tahun ini, sebanyak lima kes berkaitan penipuan penjualan batu permata telah direkodkan pihak polis.

“Kesemua mangsa yang mudah ditipu merupakan golongan warga emas yang berumur antara 50 hingga 70 tahun.

“Kita merekodkan kes melibatkan kerugian kira-kira RM200,000 sepanjang empat bulan pertama tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini Selasa.

Katanya kumpulan yang menjalankan aktiviti itu memperdaya pembeli dengan memasukkan batu permata tersebut ke dalam besen berisi air sebelum batu permata berkenaan mengeluarkan cahaya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s