Remaja Maut Selepas Terlanggar Lembu Melintas

KEMAMAN, 16 April (Bernama) — Seorang remaja maut setelah motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu di kilometer 122 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kemasik, di sini Ahad malam.

Ekoran perlanggaran itu yang berlaku 10.30 malam, Mohd Syazani Fadli Mat Razak, 19, yang bekerja di pelabuhan Gebeng, Kuantan terjatuh dan tidak sedarkan diri akibat cedera parah dan mati semasa dibawa ke Hospital Kemaman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Abdul Marlik Hakim Johar berkata ketika kejadian mangsa bersama seorang saudaranya, Abdul Hadi Ariffin, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Gebeng, Kuantan selepas minum di Paka.

Ketika sampai di tempat kejadian, seekor lembu melintas dan menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh binatang tersebut dan tercampak.

“Setelah jatuh, mangsa tidak sedarkan diri manakala Abdul Hadi yang mengalami kecederaan di bahagian kepala menahan sebuah kenderaan yang membawa mangsa ke hospital.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s