Remaja Terkena Peluru Penabur, Ditahan Selepas Disyaki Menceroboh Rumah Kontraktor

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Seorang remaja yang disyaki memecah masuk kediaman tidak berpenghuni milik seorang kontraktor di Kampung Palas Bukit Payung, Marang dekat sini tengah malam semalam, menerima padah apabila dia cedera terkena peluru penabur akibat tembakan yang dilepaskan pemilik rumah itu.

Remaja berusia 18 tahun, yang didapati positif dadah dan cedera di kaki itu ditahan polis di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 7.30 petang semalam.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, terdapat tiga biji peluru penabur pada kaki suspek dan dia kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam Isnin, remaja terbabit bersama seorang lagi rakannya disyaki memecah masuk rumah kontraktor berusia 56 tahun itu ketika lelaki itu berada di sebuah lagi rumahnya di Kampung Binjai Bongkok, Marang.

“Kontraktor itu menerima panggilan telefon dari orang kampung mengenai kejadian itu dan beliau bersama empat lagi rakannya terus ke kediaman keduanya itu dengan berbekalkan sepucuk senapang patah miliknya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s