Terengganu Belum Sedia Menggredkan Keropok Lekor

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu belum bersedia untuk mengkelaskan keropok lekor kepada gred-gred tertentu kerana ia tidak sesuai dilaksanakan berikutan selera pengguna adalah berbeza.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata walaupun tindakan menggredkan keropok lekor itu akan memudahkan pelancong asing membeli makanan popular Pantai Timur itu, banyak faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakannya.

“Ia bukan mudah. Selera manusia tidak sama. Jika kita meletakkan lima bintang di lokasi A, mungkin ada yang berpendapat keropok lekor di situ tidak begitu sedap berbanding yang dijual di lokasi B, sedangkan lokasi B kerajaan negeri hanya memberinya gred tiga bintang.

“Walaupun langkah untuk menggredkan keropok lekor ini bagus, pada dasarnya ia tidak mudah dilakukan,” katanya ketika sesi soal jawab bersama anggota Majlis Profesor Negara (MPN) di Wisma Iman di sini.

Keropok lekor yang diperbuat daripada ikan dan tepung sagu itu adalah makanan tradisi yang popular bagi masyarakat di Terengganu dan merupakan antara juadah tarikan utama pelancong ke negeri ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s