Kerajaan Terengganu Cadang Bina Empangan Mini Hidro Bekal Elektrik Untuk TNB

HULU TERENGGANU, 18 April (Bernama) — Kerajaan Terengganu sedia membina empangan mini hidro untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika kosnya tidak terlalu besar dan boleh memberi pulangan ekonomi yang baik.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan TNB bagi tujuan itu sebagai langkah membantu membekalkan tenaga elektrik bagi jangka masa panjang.

“Jika ia boleh memberi pulangan ekonomi yang baik menerusi hasil pembinaan mini hidro itu, adalah satu keuntungan yang memberi manfaat kepada rakyat dan kerajaan negeri.

“Kalau kos membina empangan mini hidro itu sekadar RM10 juta atau RM20 juta dan tenaga elektrik boleh dibekalkan kepada TNB dengan kadar harga yang dipersetujui, mengapa tidak kita bina sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai status projek pembinaan Empangan Hidro Elektrik Hulu Terengganu di Kampung Tembat di sini yang disampaikan oleh Naib Presiden Penjanaan TNB, Datuk Ir Mohd Nazri Shahruddin.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s