Lelaki kena khidmat masyarakat

MOHD Amran Tullah dijatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama empat bulan.

MOHD Amran Tullah dijatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama empat bulan.

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Pekerja kontrak pelantar minyak yang menendang isterinya sehingga keguguran, tahun lalu, hanya dikenakan hukuman kerja khidmat masyarakat selama empat bulan atas alasan wanita itu mati dalam kemalangan Februari lalu, selain memikirkan masa depan dua anak mereka.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha memerintahkan Mohd Amran Tullah Salleh, 25, melakukan kerja khidmat masyarakat selama empat jam setiap hari dalam tempoh itu, selepas mengambil kira sebarang hukuman lain hanya akan memudaratkan anak mereka.

Ketika membacakan penghakimannya, Azman berkata, Seksyen 313 Kanun Keseksaan mewajibkan hukuman penjara dijatuhkan ke atas Mohd Amran Tullah.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Bagaimanapun, selepas mengambil kira fakta mangsa yang juga isteri Mohd Amran Tullah sudah meninggal dunia (akibat kemalangan pada 29 Februari lalu) dan mempunyai dua anak kecil untuk dijaga, saya berpendapat tiada kebaikan sekiranya tertuduh dipenjara.

“Sebaliknya, ia hanya akan memudaratkan anak yang baru kehilangan ibu sekiranya mereka terpaksa berjauhan dengan bapa.

“Atas sebab itu, saya menggunapakai peruntukan Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan menggantikan hukuman penjara yang sepatutnya dijatuhkan ke atas Mohd Amran Tullah dengan perintah supaya hadir setiap hari di Pusat Kehadiran Wajib Daerah Kuala Terengganu selama empat jam setiap hari selama empat bulan untuk melakukan kerja wajib,” katanya.
Mohd Amran Tullah dari Kampung Kolam, Kuala Ibai di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan keguguran dengan menendang perut isterinya, Siti Aishah Alias Saa, 23, yang mengandung tiga bulan selepas berlaku pertengkaran.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di sini, jam 10 malam pada 5 Februari tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala Mohd Amran Tullah diwakili peguam, Mohd Ramlan Taib.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s