Penjawat Awam Perlu Tingkatkan Prestasi Beri Perkhidmatan Terbaik

KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) — Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Seruan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah bertujuan supaya sasaran mencapai pengiktirafan lima bintang terlaksana dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga kerja Wisma Darul Iman di sini pada Rabu, beliau percaya usaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencapai pengiktirafan lima bintang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) itu dapat dicapai.

Mazlan berkata bagi merealisasi sasaran itu penjawat awam perlu peka dengan keperluan pelanggan dengan mengikut panduan pekeliling pengurusan kerana tugas utama mereka sebagai pemudah cara menyelesaikan pelbagai masalah atau memenuhi keperluan rakyat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s