AFC Setuju Terengganu-Song Lam Adakan Perlawanan Waktu Malam

KUALA TERENGGANU, 21 April (Bernama) — Perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara Terengganu dan Song Lam Nghe An dari Vietnam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Rabu ini akan bermula pukul 8.45 malam.

Mengumumkan demikian, Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Abdullah Salleh berkata perkara itu telah dipersetujui oleh AFC.

Abdullah berkata mengikut jadual sebelum ini, perlawanan itu akan berlangsung di stadium berkenaan pada pukul 4.45 petang hari berkenaan.

“Kita telah memohon kepada AFC untuk bermain pada waktu malam atas beberapa sebab dan badan induk bola sepak Asia itu bersetuju dengan alasan yang kita berikan,” katanya kepada Bernama.

Abdullah berkata beliau yakin ramai peminat dan penyokong bola sepak Terengganu akan datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan itu berikutan perubahan masa perlawanan tersebut.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s