Pemandu Beri Alasan Cuaca Panas Guna Cermin Gelap Lebihi Had

BESUT, 20 April (Bernama) — Tidak tahan cuaca panas antara alasan paling banyak diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu daripada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap melebihi had dibenarkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 3,514 notis telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk semua kenderaan ialah 70 peratus bagi cermin depan dan setiap 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang.

Sehubungan itu, katanya JPJ Terengganu kini sedang menjalankan operasi besar-besaran membanteras penggunaan cermin gelap kenderaan tanpa kebenaran dengan mengadakan operasi sekatan jalan, operasi statik di jalan-jalan tertentu serta melakukan pemeriksaan di tempat letak kereta awam di seluruh negeri, membabitkan 300 pegawai dan anggota.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s