Penerbangan Haji/Umrah Terus Ke Jeddah Dan Madinah Dari Terengganu

KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) — Syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines akan mengadakan penerbangan Haji dan Umrah terus ke Jeddah dan Madinah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) mulai tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata hasil usaha selama beberapa tahun, akhirnya kerajaan negeri berjaya mendapatkan penerbangan terus dari LTSM ke Tanah Suci.

Kejayaan itu dicapai hasil memorandum persefahaman (MoU) operasi Haji dan Umrah yang dimeterai antara kerajaan negeri dengan Saudi Arabian Airlines di sini Khamis.

“Kita hendak memudahkan jemaah kita untuk mengerjakan Umrah dan Haji dan pada masa yang sama meletakkan Terengganu sebagai Hab Umrah dan Haji Pantai Timur,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama tersebut.

Pada majlis itu, kerajaan negeri diwakili Pegawai Kewangan Negeri Datuk Abdul Razak Ismail manakala Saudi Arabian Airlines diwakili Pengurus Jualan Haji Umrahnya, Sammer Khayyat.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s