Terengganu Kaji Hadkan Pelancong Ke Pulau Bidong

SETIU, 19 April (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan syarat kedatangan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau yang belum tercemar itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan merangka satu mekanisme terbaik bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.

“Kita akan kaji beberapa aspek antaranya had kedatangan pelancong setiap hari dan apakah bentuk program atau aktiviti yang ingin dilakukan di Pulau Bidong.

“Kita tidak mahu kecantikan pulau ini tercemar sekiranya dikunjungi terlalu ramai pengunjung pada satu-satu masa, namun tidak pula berhasrat menutup peluang kepada pengunjung yang ingin datang ke sini,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Kerajaan negeri juga, jelas Ahmad, akan bekerjasama dengan Coral Malaysia untuk menjadikan pertandingan merakam gambar dasar laut dan terumbu karang di perairan Terengganu sebagai kalendar pelancongan negeri.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s