YPU Bakal Perkenal Rangkaian Perniagaan Bergerak

KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, melangkah setapak lagi apabila memperkenal rangkaian perniagaan secara bergerak, T-Mobil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata langkah baharu yang diperkenal itu adalah usaha bagi mengembangkan konsep perniagaan yang mengguna pakai jenama T (Terengganu), sekaligus meningkat pembabitan penduduk negeri ini dalam bidang keusahawanan.

Katanya menerusi T-Mobil, para pengguna tidak perlu lagi keluar ke mana-mana pusat perniagaan dan pasar raya, sebaliknya T-Mobil akan pergi kepada pengguna menggunakan van bergerak.

“Kita telah mengenal pasti dua usahawan berpotensi untuk menjalankan perniagaan menggunakan T-Mobil ini, dan memilih dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Kemaman sebagai perintis untuk projek berkenaan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s