Anjur kelas bahasa Inggeris di masjid

BESUT 21 April – Masjid bukan hanya menjadi tempat untuk menjalankan ibadat tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti bersepadu bagi merealisasikannya sebagai sebuah pusat komuniti cemerlang.

Bagi mencapai hasrat itu, ia bergantung pada daya usaha dan kreativiti serta kebijaksanaan ahli jawatankuasa sesebuah masjid supaya dapat menarik minat lebih ramai pengunjung terutama golongan muda.

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh dekat sini misalnya berjaya menarik minat golongan muda berkunjung ke rumah ibadat itu dengan menganjurkan kelas bahasa Inggeris secara percuma yang telah dilaksanakan sejak seminggu lalu dengan penyertaan seramai 50 peserta.

Pengerusi jawatankuasa masjid itu, Ayob Jusoh berkata, kelas yang memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan bahasa Inggeris komunikasi itu dikendalikan oleh pengajar sukarela, Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria, yang juga isteri kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

One Response to Anjur kelas bahasa Inggeris di masjid

  1. Mesti demikianlah hendaknya Masjid, sebagai pusat kegiatan masyarakat. Di Masjid kita tak hanya beribadah tapi juga belajar. Di Masjid tak hanya belajar bahasa Al Quran tapi juga bahasa Inggris sebagai bahasa dunia. Hebat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s