Mangsa dera Mohd Danish Aiman kini stabil setelah jalani pembedahan

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam.

Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang merupakan teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

“Setakat ini kita telah menjalankan siasatan dan turut mengambil keterangan ke atas beberapa orang termasuk ibu mangsa berumur 22 tahun namun belum menemui petunjuk di mana suspek bersembunyi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s