Penyokong Terengganu mengamuk kalah kepada KL Sime Darby

KUALA TERENGGANU 22 April Utusan – Rasa tidak puas hati segelintir penyokong pasukan bola sepak Terengganu atas kekalahan mengejut kepada KL Sime Darby 1-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA malam tadi tidak berakhir di stadium.

Mereka berarak ke rumah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh di Kampung Panji Alam dekat sini dan mencetuskan kekecohan di situ.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, kira-kira 100 penyokong bertindak liar dengan membaling objek ke arah rumah beliau dan menggoncang pintu pagar.

Bagaimanapun, kekecohan itu dapat dikawal apabila Che Mat menghubungi pihak polis dan beberapa penduduk kampung meminta mereka bersurai tidak lama kemudian.

Difahamkan, kekecohan bermula di luar stadium sejurus selepas perlawanan apabila lebih 500 penyokong berkumpul sambil memegang kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s